NOTA


UNIT 5 :
BAHAN

TAJUK 1 : 
BAHAN DI SEKELILING KITA

          
                    Pengelasan Bahan

      Objek diperbuat daripada bahan yang berbeza seperti:

1)    Kayu



2)    Getah

  
3) Plastik



4)  Logam



 5)  Kaca



6)  Kulit
 
 
7)  Tanah liat



8)  Kain









TAJUK 2 : 
SIFAT-SIFAT BAHAN


  • Bahan yang berlainan mempunyai sifat-sifat yang berlainan.


Terapung di permukaan air
Contoh bahan

Bahan yang terapung di atas air tidak akan tenggelam jika diletakkan di dalam air.



Kayu
Plastik
Menyerap air
Contoh bahan

Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air.



Kayu
Kain
Mengalirkan elektrik
Contoh bahan

Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya.



Logam:
Besi
Kuprum
Tembaga
Merkuri
Emas

Bukan logam:
Karbon

Mengalirkan haba
Contoh bahan

Bahan yang membenarkan haba melaluinya.




Logam:
Zink
Aluminium
Perak

Boleh direngangkan
Contoh bahan

Bahan yang menjadi lebih panjang apabila ditarik dan boleh kembali ke bentuk dan saiz asal apabila dilepaskan.




Getah
Spring
Sesetengah jenis kain
Membenarkan cahaya menembusinya
Contoh bahan


Bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.




Kaca
Sesetengah jenis plastik dan
kain






TAJUK 3 : 
KONDUKTOR ATAU PENEBAT

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara konduktor dan penebat.

Konduktor
Penebat

1)          Bahan yang mengalirkan         
      elektrik atau haba.

2)        Semua logam ialah konduktor elektrik dan haba.

3)        Karbon ialah bahan bukan logam yang merupakan konduktor elektrik.

         4)       Contoh konduktor:

pembaris keluli


karbon



    1)      Bahan yang tidak mengalirkan   
         elektrik atau haba.

    2)    Bahan bukan logam ialah 
         penebat bagi elektrik dan haba 
         kecuali karbon.

    3)    Contoh penebat:

pembaris kayu

sikat plastik






TAJUK 4 : 
BAHAN YANG UNIK

Lut Sinar
Contoh

Bahan yang membenarkan semua cahaya menembusinya.


kaca jernih

plastik jernih
Lut Cahaya
Contoh

Bahan yang membenarkan hanya sebahagian cahaya menembusinya.


kertas surih

botol berfros
                            
Legap
Contoh

Bahan yang tidak membenarkan sebarang cahaya menembusinya.

logam

kayu
                                       





















TAJUK 5 : 
MEMILIH BAHAN YANG SESUAI



Ø Penebat haba digunakan untuk mengekalkan bahan supaya tetap panas atau sejuk.

Ø Penebat haba digunakan untuk memerangkap udara dan udara ini akan mempertahankan pengaliran haba.

Ø Pengetahuan tentang sifat-sifat bahan membantu kita memilih 
    bahan yang sesuai untuk membuat objek.

Ø Contoh bahan penebat haba:



Bekas polistirena mengekalkan makanan supaya tetap panas.                              
Kotak polistirena mengekalkan ikan supaya tetap segar dan sejuk.


Termos digunakan untuk mengekalkankehangatan minuman panas atau kesejukan minuman sejuk untuk tempoh masa yang lama.
                      

No comments:

Post a Comment